advert

Friday 21 September 2012

Jamuan Raya Astro Circle & Oh My English~

Episod kemuncak 'Oh My English' telah pun menemui para peminat dan penonton setia siri ini pada 16 September lalu bersempena dengan Hari Malaysia..Jadi, apa pandangan semua agaknya setelah menyaksikan episod kemuncak ini? 

Pada 8 September yang lalu, 'Oh My English' telah berkerjasama dengan Astro Circle dengan mengadakan jamuan tengah hari untuk para peminat bersama dengan pelakon-pelakon 'Oh My English' di Restoran Seri Melayu dimana jamuan ini adalah bersempena meraikan kejayaan rancangan ini dan juga Hari Raya..Peminat-peminat berpeluang berjumpa dan bergambar bersama pelakon-pelakon siri ini yang hadir iaitu Akhmal(Jibam), Zhafir(Mazlee), Kameesha(Anusha), Amer(Farouk), Harun SB(En.Mohd Salleh) dan juga Zain Saidin(Mr Henry) 

Astro Circle adalah program ganjaran kahas untuk pelanggan-pelanggan setia Astro. Para pelanggan Astro akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Astro Circle, boleh la melayari www.astro.com.my/astrocircle

 Barisan pelakon yang hadir pada Jamuan Raya "Oh My English!"
 Persembahan lagu tema "Oh My English" daripada Altimet & Zamira
Buah tangan daripada Astro Circle & Oh My English! :-)

2 comments:

  1. wee...jumpa mr henry middleton...sgt jelezzz.. sobsss

    Jom join segment ain:
    Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥

    ReplyDelete
  2. mr hery yg encem..hehe..
    yq invite! ;)

    ReplyDelete