advert

Friday 29 March 2013

Review Filem: Olympus Has Fallen

Olympus Has Fallen merupakan sebuah filem aksi yang telah memulakan tayangan di pawagam bermula 21 Mac 2013 yang lepas di seluruh Malaysia.

Filem ini mengisahkan  seorang 'bodyguard' presiden Amerika Syarikat yang telah dipindahkan ke 'department' lain akibat gagal menyelamatkan nyawa isteri presiden dalam satu kemalangan..Mike Banning merupakan seorang yang sanggup mengorbankan nyawa untuk melindungi presiden kemudiannya telah dihantui kekesalan akibat insiden tersebut.


Pergolakan antara negara-negara nuklear iaitu menjadikan Amerika Syarikat adalah orang tengah apabila Korea Selatan meminta bantuan dan perlindungan daripada Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, kedatangan pemimpin daripada Korea ini membawa kepada serangan 'White House' dimana penyerang bersenjata ini berjaya menawan 'White House' dalam masa 13minit dan mengorbankan ramai anggota keselamatan. Misi mereka ialah untuk melancarkan serangan nuklear kepada Amerika dan menghancurkan negara tersebut.

Mike Banning telah terlibat secara tidak langsung dalam kekecohan yang berlaku dan akhirnya menjadikannya orang penting untuk menyelamatkan Presiden dan Amerika Syarikat.Dapatkah Mike menebus kekesalan nya dan berjayakah beliau dalam menyelamatkan Presiden??

Saksikan filem ini di pawagam yang berhampiran. Filem ini sangat menarik dan penuh dengan aksi yang sentiasa membuatkan mata anda terbuka luas..Sangat best!! Selamat menonton :-)