advert

Tuesday 18 December 2012

Pergi tak kembali~

Entri khas untuk rakan setingkatan ketika di sekolah dulu..3 hari dah berlalu tapi masih terbayang wajah arwah..Kenangan bersama arwah mula menjelma, pelbagai persoalan juga mula menerjah...Memang berita ini amat mengejutkan, tapi inilah hakikat bahwa takdir dan ajal seseorang telah ditentukan..Kita hanya sebagai manusia, haruslah sentiasa bermuhasabah dlam kehidupan. DaripadaNya kita datang, dan DaripadaNya juga kita kembali..



Al-Fatihah..Semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang yang beriman~ :'(

Monday 17 December 2012

Ronasutra-Make up so good, you can sleep on it..

Ronasutra adalah merupakan jenama kosmetik tempatan yang berasaskan daripada 100% bahan mineral dan semulajadi. Bagi kaum wanita yang sememangnya mementingkan penampilan diri disamping memiliki kulit yang sihat, produk daripada Ronasutra ini adalah jawapannya..

Hasil daripada campuran bahan mineral semulajadi, produk daripada Ronasutra ini akan memastikan kulit wajah si pemakai sentiasa tampak segar dan cantik tanpa memberi kesan negatif kepada kulit sekaligus menjaga kesihatan kulit..Produk ini juga sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit bermasalah/sensitif kerana produk ini juga dapat mengubati kulit dan mengembalikan seri pada wajah..Ronasutra Mineral Powder merupakan produk utama yang mengabungkan 'foundation + powder' dan dicipta mengikut kesesuaian kulit wanita Malaysia dan diadunkan dengan teknologi terkini yang membuatkannya selesa untuk dipakai dalam cuaca lembab dan panas.


 Pn Audra- "Founder" untuk produk Ronasutra
Pek percubaan produk Ronasutra..

Testimoni diri sendiri..hehe~

Kini pilihan di tangan anda! Selamat mencuba~
Untuk keterangan lanjut, boleh la melayari laman sesawang ini>>>> http://www.ronasutra.com/

Monday 8 October 2012

Alahaii..

Hyeeeee...
Jz nk gtau, arini cuti bekerja..
Baru lepas interview untuk 2nd stage..what can I say?
I am frust! Kecewa dengan diri sendiri..
Huhu..Sekian~
 
 
p/s: nak makan pastu nak tdo..kalu ade teman g karok lagi best!

Friday 21 September 2012

Lado-Lado Restoran~

Kebetulan ada training kat Solaris Dutamas, so bila tiba waktu makan tengahari mula la merayau-rayau di sekitar Solaris nie untuk cari tempat makan yang sesuai..Ada banyak sebenarnye pilihan restoran yang ada di  sini, cuma perlu memilih je nak yang mana satu..
Bila jalan-jalan keliling bangunan Solaris nie, naik, turun dan dari satu blok ke satu blok maka tertarik la pada Restoran Lado-Lado ni..
So, ape menu pilihan hari nie?Tadaa~

 Air Sirap & Air Bandung Soda je~
 Pilihan ku: Nasi+Ulam+Daging Salai Masak Lemak= RM10.90
Pilihan ofismate:Nasi+Ulam+Ayam Masak Opor=RM9.90

Komen: 
  • Hiasan dalaman: Tersusun dan menarik..Ruang dinding di restoran digunakan sebaiknya
  • Makanan: Menu pilihan hari nie sedap, memang berpeluh bile masak gulai lemak cili api..cuma menu yang disediakan tak banyak pilihan.
  • Harga: Kalau ikutkan kedai biase, amik lauk macam ni memang boleh dapat lagi murah la tapi memandangkan restoran nie terletak di kawasan 'mewah' so boleh dikatakan harga menu adalah 'standard price'
Warga KL yang ingin mencuba boleh la try round-round di sini yang terletak di area Jalan Duta..Landmark paling senang ialah Masjid Wilayah. Solaris Dutamas nie terletak di belakang Masjid Wilayah Persekutuan. ^_*

Jamuan Raya Astro Circle & Oh My English~

Episod kemuncak 'Oh My English' telah pun menemui para peminat dan penonton setia siri ini pada 16 September lalu bersempena dengan Hari Malaysia..Jadi, apa pandangan semua agaknya setelah menyaksikan episod kemuncak ini? 

Pada 8 September yang lalu, 'Oh My English' telah berkerjasama dengan Astro Circle dengan mengadakan jamuan tengah hari untuk para peminat bersama dengan pelakon-pelakon 'Oh My English' di Restoran Seri Melayu dimana jamuan ini adalah bersempena meraikan kejayaan rancangan ini dan juga Hari Raya..Peminat-peminat berpeluang berjumpa dan bergambar bersama pelakon-pelakon siri ini yang hadir iaitu Akhmal(Jibam), Zhafir(Mazlee), Kameesha(Anusha), Amer(Farouk), Harun SB(En.Mohd Salleh) dan juga Zain Saidin(Mr Henry) 

Astro Circle adalah program ganjaran kahas untuk pelanggan-pelanggan setia Astro. Para pelanggan Astro akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Astro Circle, boleh la melayari www.astro.com.my/astrocircle

 Barisan pelakon yang hadir pada Jamuan Raya "Oh My English!"
 Persembahan lagu tema "Oh My English" daripada Altimet & Zamira
Buah tangan daripada Astro Circle & Oh My English! :-)

Friday 14 September 2012

Kek Hari Lahir ^_^

Ape sebenanya kaitan antara kek dan hari lahir?Setiap kali tibanya hari lahir seseorang, kek merupakan 'item' wajib yang mesti ada untuk meraikannya..eceh, dah macam dokumentari kek plak kan..hehe..Ape kaitan lak dengan entri kali nie?ermm~

Kali nie saje je nk tunjuk ckit gambar kek ulangtahun hari lahir tahun nie..Memang tahun nie tahun yang paling banyak makan kek walaupun tak banyak hadiah..haha..xpela, syukur sangat bile family+kawan sume ingat tarikh tua kita, dah cukup menggembirakan hati kn!
 Tiap-tiap bulan kt ofis memang ade birthday celebration, so ini la kek for September staff.
Cheese+blue berry cake~
Ini lak kek tambahan tajaan MD..haha..thank you,bos!
Coffee+butter cake~
 Kek ini plak mase celebration dengan keluarga tersayang..
Terima kasih mak, ayah, akak, abg munir, afif, makcik ramlah, pakcik din,kak ida, kak ina,abg izam,abg izal, kak rina, baby twins & baby rania!!Sayang sume~
Chocolate+blueberry cake!
Coffee+Chocolate cake!
Simple party daripada ofismate..arigatou~

Monday 10 September 2012

Jamuan Raya Garnier : Sinar Cahaya ku~

Pada 7 September yang lalu, telah berlangsung nya Jamuan Raya oleh Garnier dengan tema 'Sinar Cahaya ku' bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Majlis yang bermula kira-kira pukul 6.30 petang ini adalah bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim perempuan dari 3 rumah terpilih iaitu 'Rumah Amal Limpahan Kasih', 'Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai' dan 'Rumah Amal Siraman Kasih' yang terlibat dalam program 'Kakak Angkat' anjuran Garnier dimana remaja dan kanak-kanak ini berpeluang untuk beramah mesra, meluahkan perasaan, dan berkongsi pengalaman dan nasihat. 

Selebriti yang dijemput untuk bersama menjayakan program ini ialah Lisa Surihani yang juga merangkap duta produk Garnier, Heliza & Irma Hasmie.. Kehadiran ketiga-tiga selebriti ini nyata berjaya mendatangkan senyuman dan kegembiraan kepada anak-anak yatim ini.
Acara amal sebegini memang wajar diteruskan dan pastinya akan terus mendapat sokongan!

Setiap satu rumah menerima sumbangan RM10,000 daripada Garnier! :-)
Sesi pembahagian barangan Garnier, cenderahati &duit raya untuk anak-anak yatim terlibat.
 Selebriti yang terlibat...memang manis & cantik kan kakak angkat nie!

Kami sebagai 'kakak angkat' jemputan pun dapat habuan gak..Terima Kasih, Garnier!

Sunday 9 September 2012

Zyraroxx: follower datang bertubi-tubi


Follower sekarang baru ade 42...huhu~

Meh ramai-ramai join segmen nie..
It's easy and simple..

Jangan lupa klik sini!! (^_^)

Saturday 8 September 2012

Restoran Muhibbah Seafood: Chinese Halal Menu

Hyeee..hari ni nak share dengan semua satu lagi tempat makan yang best area KL..aish, makan lagi, padan la badan pun asyik naik je..ok2,pandai makan pandai la control ye..hehe~
Restoran kali nie terletak di Kampung Sungai Penchala..itu jela kampung yang tinggal sebelum menuju ke arah Damansara, betul-betul berdekatan dengan Kerinchi Link..Apa yang ada kat restoran nie? Restoran nie menawarkan menu 'chinese food' yang halal..Sekarang nie memang dah banyak restoran yang menawarkan menu dari kaum Cina nie memandangkan kaum yang berbilang di Malaysia nie..


so, bila ade restoran macam nie, bukan menjadi masalah kaum lain untuk sama-sama menikmati rasa makanan dari kaum lain pula kan..ok2, tak nak bebel banyak lagi, jom tengok antara menu pilihan yang sempat dinikmati ketika berkunjung ke restoran nie..
Ini la lauk yang dipesan untuk dimakan..ada ikan siakap kukus, kangkong goreng belacan, ayam lemon, sotong goreng tepung, tauhu jepun dengan telur dan tomyam seafood.

Keseluruhannya, puas hati ar dengan menu kat sini sebab semuanye memang sedap..Restoran ini juga amat sesuai jika datang bersama kelurga memandangkan meja yg besar dan keluasan reston yang boleh menempatkan pelanggan yang ramai pada suatu mase..
So, kalau ade kelapangan boleh la berkunjung ke restoran ini! :-)

Info: https://www.facebook.com/muhibbahseafoodrestaurant



Tuesday 4 September 2012

Peranakan Palace~

Hallooo..Slamat Hari Raye+ Salam Syawal untuk sume..So,macamana sambutan aidilfitri tahun nie?meriah?seronok?sayu?sedih?Ape pun, syukur sebab pejam celik, pejam celik dah msuk 3minggu  kita berada di bulan Syawal kn!

Ok la..disebabkan dah lame tak update blog nie..hari nie saje je la nk share satu tempat makan yang best!!
Kalau sebelum nie asyik makanan Melayu, tak pun ala-ala Thailand kan..so, kali nie cuba makan menu dari resipi peranakan la plak..Restoran nie terletak kat pusat membeli-belah termuka di Damansara iaitu 1-Utama (Old Wing)
 Kebetulan la bos ajak makan, so time tu kitaorang sume sekali ada dalam 12 orang..Nak senang, menu yang dipesan ialah set menu Ramadhan yg masih 'available' khusus untuk 10~12 orang..Harga nya lak kalau tak silap dalam RM 269 untuk nasi putih+7 lauk.. Harga untuk single menu pun tak de la mahal sangat, masih dalam kadar mampu lagi..Jom la tengok lak gambar yang sempat di'klik' sebelum lauk-lauk nie sume disambar..hehe~
 1. Kangkung Goreng Belacan-sedap~
 2. Ayam Goreng Berempah- biase je~
 3. Cencaluk Omelette-sedap gak walaupun sebenarnye tak makan cencaluk~
 4. Honey Brown Sotong- best!
5. Asam Penggerang Fish- sedap!

6. Rendang Daging-sedap!lagi sedap kalu cicah dengan lemang! :-)
7. Popia gulung untuk menu terakhir (kalau tak silap la) 
lupe lak nak amik gamba sebab time tu dah start buka mulut..hehe~

Keseluruhannya, layak la dikatakan makanan kat restoran nie sume sedap-sedap ditambah lagi bile makan 'free'..haha..Memang kenyang!Rasenya memang tak rugi singgah untuk merasa sendiri menu peranakan ini, best!

p/s: pasnie nak datang lagi untuk cuba menu yang lain lak. Jom kite~

Sunday 22 July 2012

Salam Ramadhan~

Salam Ramadhan untuk semua bloggers dan umat Islam..
So, macamane puasa sume? msti ok kan..bila usia dh meningkat patutnye xde pape masalah dh..
Hadapi nya dengan tenang~
Pejam celik nnt, cukup la sebulan kte berpuasa..

Ape pn, smoga Ramadhan kali ini lebih diberkati dan bermakna kepada semua..
Ramadhan ni la masenya utk menebus dosa dan menambahkan pahala..
Smoga dipermudahkan segala urusan olehNya, Amin~

Monday 16 July 2012

Gambar sekitar Konsert Ulangtahun KRU ke 20~

Walaupun dh lame dah konsert nie berlalu, tapi tetap nk share gak gambo yg sempat di ambil di sebalik peminat2 KRU yg lain...


Ala..tengok jela walaupun x minat eyh..hehe~

 Pembuka tirai ialah kumpulan VIP

Antara artis wanita daripada KRU records..
Sori, tp tak ingat la nama mereka..huhu~
 Opening speech daripada KRU
Arrgghhh..sume jerit..hehe~
 Jejaka-jejaka kacak, Forteen~
 Hot Papa, X-Factor yg turut menarik perhatian~
Hot Mama, Elite~
Masterchef, Tomok~
Persembahan penutup tirai daripada KRU~

Sebenarnye, ade ramai lagi artis yg sama-sama memeriahkan konsert kali ini iaitu Modjo, Jaclyn Victor, Adam,  dll..kesimpulannya juga konsert ini memang meriah dengan persembahan anak didik KRU. walaubagaimanapun, ade sedikit frust kerana KRU hanya menyampaikan medley daripada 8buah lagu mereka sebagai penutup tirai..Adakah mungkin kerna faktor usia??hehe..Apepn, smoga KRU terus sukses dalam industri seni tanahair Malaysia~

Wednesday 4 July 2012

Putrajaya: Pesta Flora 2012

Semalam aku berpeluang melencong masuk ke Putrajaya pada Selasa lepas untuk turut serta dalam pesta flora kali nie..
Nasib la hari biasa dan waktu bekerja, so orang ramai yang ada x la ramai sangat pn..lebih free bile jalan kt tempat2 mcmnie untuk cuci mata~
Aku akui pesta flora nie memang cantik!!Banyak betul bunga yang disusun mengikut tema dan banyak juga syarikat2 kerajaan, sekolah2 dan universiti2 yang turut serta dalam pesta kali nie..
Jalan2 cuci mata tu sempat la 'klik' gambo2 sekeliling dgn handset yg x seberapa nie..so, nk share gk la gamba2 yang x seberapa nie..


Seksyen pertama: External site~

 Antara dekorasi taman yang ade..banyak betul bunga orkid, tapi xleh masuk lak sbb berpagar~
 Ini lak hiasan pintu depan untuk kawasan kategori universiti dan sekolah..Rasenye bunga hiasan nie adalah bunga tahi ayam je tapi cantik...btul x?
 Haa, yang nie lak dekorasi dari kampung ku, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka..
"Heiii, Hang Tuaaahhh!!" caya laaa~
Ini lak antara dekorasi yang menarik dari Kementerian Wilayah Persekutuan..rasa mcm nk tdo je atas bunga2 nie sume..kalau lah boleh~
Dekorasi nie pn cantik gak..I like~

Seksyen 2: Internal site~
 Selamat datang ke Green House Floria 2012~
 Nk buat tangga kat umah Melaka camnie..gler best!
 Ini lak dekorasi bermotif..geram jeee tgok bunga2 nie sume~
Bujang Senang Bunga..hehe..Zoo dalam Taman Bunga~

Macam mana?cantik x? Kalu sesiapa yang masih belum berpeluang lagi, masih sempat ye..sebab pesta flora 2012 nie masing berlangsung sehingga 8 July 2012..Peminat bunga tegar especially kaum wanita, memang x rugi sampai ke tempat nie..mat2 bunga pn boleh gak..hehe..Sejuk je mata tengok bunga2 nie sume, tapi kalau yang nak membeli belah bunga idaman pn boleh..Manela tau dpat idea lak nk menghias laman sendiri pas tengok dekorasi landskap kt pesta nie kn~

Alamat penuh: Persisiran tasik, presint 2,Putrajaya...Ikut je signboard, x kan lah anda sesat..
Selamat mencuci mata ye~ (^_^)