advert

Friday 8 November 2013

Review filem: Highland Tower

Memang dah lame tak update blog nie tapi arini terpanggil nak update pasal filem seram terbaru terbitan MIG yang bertajuk "Highland Tower" .  Penduduk Malaysia memang akan tau sejarah 'Highland Tower' yang runtuh pada tahun 1993 dan telah mengorbankan banyak nyawa. So filem nie mengisahkan sekumpulan..errr..boleh panggil belia ar kot (sebab pelakon sume muda-muda lagi) yang pergi ke Highland Tower nie untuk merakam sebuah dokumentari tentang entiti..

Tapi sorry to say la, tak de ape pun nak review tentang filem nie sebab for the first time..aku tengok wayang tak sampai habis..Lepas 15 minit duk dalam panggung, member pun ajak keluar sebab kami memang dah tak berminat untuk tau yang seterusnye.. Memang rase cerita tu memang tak boleh blah langsung..tak seram langsung!!tengok cerita tu pun rase pening je sebab 'cameraman' yang ntahape2..aku serius tak tau ape motif buat filem jenis macamtu and rase sangat membazir je duit beli tiket..


Sedih rasa bila kita nak support filem Melayu tapi filem Melayu sendiri takde kualiti yang boleh dibanggakan malah bukan pada tahap yang memuaskan pun..Filem ni masih baru lagi di pawagam, so sape yang nak tau sejarah Highland Tower leh la tonton die pawagam~

p/s: apepun, masih menanti filem terbaru bulan 11 nie "Ustaz, mu tunggu ku datang" --> Check it out, frens!