Pada 7 September yang lalu, telah berlangsung nya Jamuan Raya oleh Garnier dengan tema 'Sinar Cahaya ku' bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Majlis yang bermula kira-kira pukul 6.30 petang ini adalah bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim perempuan dari 3 rumah terpilih iaitu 'Rumah Amal Limpahan Kasih', 'Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai' dan 'Rumah Amal Siraman Kasih' yang terlibat dalam program 'Kakak Angkat' anjuran Garnier dimana remaja dan kanak-kanak ini berpeluang untuk beramah mesra, meluahkan perasaan, dan berkongsi pengalaman dan nasihat.
Selebriti yang dijemput untuk bersama menjayakan program ini ialah Lisa Surihani yang juga merangkap duta produk Garnier, Heliza & Irma Hasmie.. Kehadiran ketiga-tiga selebriti ini nyata berjaya mendatangkan senyuman dan kegembiraan kepada anak-anak yatim ini.
Acara amal sebegini memang wajar diteruskan dan pastinya akan terus mendapat sokongan!
Setiap satu rumah menerima sumbangan RM10,000 daripada Garnier! :-)
Sesi pembahagian barangan Garnier, cenderahati &duit raya untuk anak-anak yatim terlibat.
Selebriti yang terlibat...memang manis & cantik kan kakak angkat nie!
Kami sebagai 'kakak angkat' jemputan pun dapat habuan gak..Terima Kasih, Garnier!
No comments:
Post a Comment