advert

Thursday 14 June 2012

MoDe Excited!!!!Showcase Ulangtahun ke-20 KRU~

Ahad lepas aku berpeluang pergi ke showcase ulangtahun KRU yang ke 20..Showcase kali nie kononnya eksklusif untuk peminat tegar KRU yang berumur 20 tahun ke atas sahaja...haa, kalau sape yang dengar HotFm mesti tau macamane ak leh dapat tiket nie..huhu..Ntah macamane bernasib baik lak malam tu dapat tembus talian HotFm dan seterusnye menang 2 tiket eksklusif ke showcase ulangtahun KRU yang ke 20..yeayy!!!Terima kasih HotFM~
So, bile dpat tau dpat tiket tu, memang hari ku dipenuhi dengan senyuman jeee..Excited gler nk g showcase nie sbb KRU mmg dah lame x buat sebarang persembahan pentas..Seingat aku, last aku g tgok show dorang time study dlu, ade ar dalam 6 tahun yg lepas sempena pelancaran album dorang..Jadinye, bile dah dapat call dari HotFm suruh 'collect' tiket kt TV3, lagi la excited sampai sangup menyusup kuar dari ofis tme kje..haha..


Akhirnye, hari yang ditungu telah pn tibe..tapi aku x nak ar cte kt entrii nie, next pnye entri la baru cte kehangatan showcase nie..best sangat keee??haha.. Jom tgok muke excited peminat KRU nie ar..peace!
Next entri, aku akan share ar gambo yang sempat aku klik kat showcase tu..Gambar di atas nie adalah sekadar hiasan je..(^_^)

Wednesday 13 June 2012

Review filem 'Jalan Kembali-Bohsia 2'

Hujung minggu lepas berpeluang tengok cter tebaru arahan pengarah muda terkenal iaitu Shamsul Yusof..Blum kuar panggung pn, promosi filem nie dah gempak kan..Tapi macamane lak filem nye??Seperti yang diketahui, Shamsul Yusof merupakan pengarah yang berani mengetengahkan pelbagai jenis filem samada filem bergenre seram, aksi, komedi malah romantik..Sebenarnya, berminat gak la follow filem2 terbaru arahan beliau tapi tak sume la..
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan mat rempit yang seringkali juga dikaitkan dengan bohsia..Kehidupan mat rempit ini juga telah menyedarkan Amy yang dulunya seorang bohsia untuk bertaubat daripada kesilapan dulu..Walaubagaimanapun, Amy mula diganngu oleh rakan rempitnya, Keting dalam usaha nya untuk menyelamatkan rakan karibnya..Berjayakah Amy membawa rakan nya kembali ke jalan yang benar?Jom tengok ramai2 di pawagam..

Filem arahan Shamsul Yusof ni memang menarik dan penuh dengan aksi lagak ngeri yang pasti membuatkan penonton terpegun..Jalan cerita nya juga tersusun cuma bahasa mat rempit dalam filem nie memang buat aku macam berfikir dua kali untuk memahaminya..Apepn, filem nie best!
Rating: 4 daripada 5 star

p/s: Sila awasi anak anda..Golongan seperti ini memang tidak patut wujud di Malaysia tapi tidak boleh dihina  semata sebaliknya perlu dibimbing untuk kembali ke jalan yang benar~

Tuesday 5 June 2012

Review filem 'Piranha 3DD'

Petang semalam dapat ar tengok wayang cter omputeh nie..sebenarnye pilihan adalah antara "Men In Black3" dengan "Piranha 3DD" nie la..Last, "Piranha 3DD nie" menjadi pilihan..
 Sebenarnye filem nie ada lah dari kesinambungan dimana ikan piranha nie menyerang di tasik tumpuan orang ramai..Tapi kali nie pula kisah ikan piranha ini bermula apabila seorang pengusaha taman tema air dimana ianya bersebelahan dengan tasik yang menjadi habitat ikan piranha. Akibat ketaksuban untuk mendapat keuntungan, aspek keselamatan langsung tidak dititkberatkan sebaliknya pengepaman air tasik secara haram dilakukan..Akibatnya, ikan piranha ini mula memasuki saluran paip di taman tema air itu dan menyerang pengunjung.

Komen:  Aku bagi 2 1/2 star daripada 5 bintang~
             Ok la, memang ngeri tapi x best ar..Filem Piranha yang lame tu lagi best!

Sunday 3 June 2012

JKKP Puspanita Bowling Tournament~

Weekend lepas aku ade join pertandingan bowling yang dianjurkan oleh JKKP Puspanita di Alamanda, Putrajaya..Kirenya aku ni wakil company aku la, tapi bukan aku sorang eyh, ade lagi 4 orang yg turut serta termasuk pemain simpanan..haha..dasyat tu siap ade pemain simpanan~

Matlamat join pertandingan nie pn sbb nak penuhkan kuota penyertaan lagipn yuran penyertaannya company yang bayau..kitaorang tinggal main jelaa..hehe..bak kata bos aku pn 'just for fun'. Ok la, jom ar cuci mate tgok pose aku dengan ofismate aku sume nie..hehe~


Pose baik punye tapi kami kalah..hehe..Sekian~