advert

Monday 10 February 2014

Review filem: 'Robocop (2014)'


Akhirnya, kemunculan filem robocop ini mendatangkan semula minat untuk menonton wayang setelah filem terakhir yang ditonton ialah 'Thor'. ok, filem nie memang menarik dimana seorang polis juga adalah sebuah ke seorang ke seekor robot..hihi..jom tengok sinopsis kat bawah>>>>

Filem robocop mengisahkan tentang usaha seorang businessman yang ingin menjual produk jualannya iaitu robot yang akan menggantikan polis manusia untuk menjaga keamanan negara. Walaubagaimanapun, ianya ditentang oleh kesatuan yang menyifatkan robot juga boleh berlaku kejam dan tidak mempunyai sifat kemanusiaan.


Idea untuk menjadikan robot yang masih mempunyai naluri manusia timbul dengan mengambil ahli polis yang cacat anggota badan untuk kembali bertugas dan mencipta semula anggota badan yang lebih berupa robot @mesin. Calon yang sesuai ialah Alex @joel kinnaman yang cedera parah dalam satu letupan keretan dan telah mencederakan hampir 80% anggota badannya. Isteri alex telah bersetuju untuk menjadikan Alex sebagai bahan ujikaji iaitu Robocop.
Walaubagaimanapun, setelah beberapa ujikaji dan beberapa tugad yang dijalankan, mereka merancang untuk membunuh naluri manusia demi kepentingan sendiri..Adakah Robocop berjaya dalam menuntut keadilan untuk diri sendiri dan masyarakat? berjayakah Robocop untuk mengawal emosi dan menghapuskan musuh yang ingin memusnahkannya??

kalau nak tau kesudahan, leh r g tengok kat panggung..filem ini mula ditayangkan pada 30 Januari yang lalu dan rasanya masih belum terlambat untuk turut merasakan aksi yang dipaparkan dalam filem ini..
>> Saya bagi 4 star~


Friday 8 November 2013

Review filem: Highland Tower

Memang dah lame tak update blog nie tapi arini terpanggil nak update pasal filem seram terbaru terbitan MIG yang bertajuk "Highland Tower" .  Penduduk Malaysia memang akan tau sejarah 'Highland Tower' yang runtuh pada tahun 1993 dan telah mengorbankan banyak nyawa. So filem nie mengisahkan sekumpulan..errr..boleh panggil belia ar kot (sebab pelakon sume muda-muda lagi) yang pergi ke Highland Tower nie untuk merakam sebuah dokumentari tentang entiti..

Tapi sorry to say la, tak de ape pun nak review tentang filem nie sebab for the first time..aku tengok wayang tak sampai habis..Lepas 15 minit duk dalam panggung, member pun ajak keluar sebab kami memang dah tak berminat untuk tau yang seterusnye.. Memang rase cerita tu memang tak boleh blah langsung..tak seram langsung!!tengok cerita tu pun rase pening je sebab 'cameraman' yang ntahape2..aku serius tak tau ape motif buat filem jenis macamtu and rase sangat membazir je duit beli tiket..


Sedih rasa bila kita nak support filem Melayu tapi filem Melayu sendiri takde kualiti yang boleh dibanggakan malah bukan pada tahap yang memuaskan pun..Filem ni masih baru lagi di pawagam, so sape yang nak tau sejarah Highland Tower leh la tonton die pawagam~

p/s: apepun, masih menanti filem terbaru bulan 11 nie "Ustaz, mu tunggu ku datang" --> Check it out, frens!

Friday 29 March 2013

Review Filem: Olympus Has Fallen

Olympus Has Fallen merupakan sebuah filem aksi yang telah memulakan tayangan di pawagam bermula 21 Mac 2013 yang lepas di seluruh Malaysia.

Filem ini mengisahkan  seorang 'bodyguard' presiden Amerika Syarikat yang telah dipindahkan ke 'department' lain akibat gagal menyelamatkan nyawa isteri presiden dalam satu kemalangan..Mike Banning merupakan seorang yang sanggup mengorbankan nyawa untuk melindungi presiden kemudiannya telah dihantui kekesalan akibat insiden tersebut.


Pergolakan antara negara-negara nuklear iaitu menjadikan Amerika Syarikat adalah orang tengah apabila Korea Selatan meminta bantuan dan perlindungan daripada Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, kedatangan pemimpin daripada Korea ini membawa kepada serangan 'White House' dimana penyerang bersenjata ini berjaya menawan 'White House' dalam masa 13minit dan mengorbankan ramai anggota keselamatan. Misi mereka ialah untuk melancarkan serangan nuklear kepada Amerika dan menghancurkan negara tersebut.

Mike Banning telah terlibat secara tidak langsung dalam kekecohan yang berlaku dan akhirnya menjadikannya orang penting untuk menyelamatkan Presiden dan Amerika Syarikat.Dapatkah Mike menebus kekesalan nya dan berjayakah beliau dalam menyelamatkan Presiden??

Saksikan filem ini di pawagam yang berhampiran. Filem ini sangat menarik dan penuh dengan aksi yang sentiasa membuatkan mata anda terbuka luas..Sangat best!! Selamat menonton :-)


Tuesday 18 December 2012

Pergi tak kembali~

Entri khas untuk rakan setingkatan ketika di sekolah dulu..3 hari dah berlalu tapi masih terbayang wajah arwah..Kenangan bersama arwah mula menjelma, pelbagai persoalan juga mula menerjah...Memang berita ini amat mengejutkan, tapi inilah hakikat bahwa takdir dan ajal seseorang telah ditentukan..Kita hanya sebagai manusia, haruslah sentiasa bermuhasabah dlam kehidupan. DaripadaNya kita datang, dan DaripadaNya juga kita kembali..



Al-Fatihah..Semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang yang beriman~ :'(

Monday 17 December 2012

Ronasutra-Make up so good, you can sleep on it..

Ronasutra adalah merupakan jenama kosmetik tempatan yang berasaskan daripada 100% bahan mineral dan semulajadi. Bagi kaum wanita yang sememangnya mementingkan penampilan diri disamping memiliki kulit yang sihat, produk daripada Ronasutra ini adalah jawapannya..

Hasil daripada campuran bahan mineral semulajadi, produk daripada Ronasutra ini akan memastikan kulit wajah si pemakai sentiasa tampak segar dan cantik tanpa memberi kesan negatif kepada kulit sekaligus menjaga kesihatan kulit..Produk ini juga sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit bermasalah/sensitif kerana produk ini juga dapat mengubati kulit dan mengembalikan seri pada wajah..Ronasutra Mineral Powder merupakan produk utama yang mengabungkan 'foundation + powder' dan dicipta mengikut kesesuaian kulit wanita Malaysia dan diadunkan dengan teknologi terkini yang membuatkannya selesa untuk dipakai dalam cuaca lembab dan panas.


 Pn Audra- "Founder" untuk produk Ronasutra
Pek percubaan produk Ronasutra..

Testimoni diri sendiri..hehe~

Kini pilihan di tangan anda! Selamat mencuba~
Untuk keterangan lanjut, boleh la melayari laman sesawang ini>>>> http://www.ronasutra.com/

Monday 8 October 2012

Alahaii..

Hyeeeee...
Jz nk gtau, arini cuti bekerja..
Baru lepas interview untuk 2nd stage..what can I say?
I am frust! Kecewa dengan diri sendiri..
Huhu..Sekian~
 
 
p/s: nak makan pastu nak tdo..kalu ade teman g karok lagi best!

Friday 21 September 2012

Lado-Lado Restoran~

Kebetulan ada training kat Solaris Dutamas, so bila tiba waktu makan tengahari mula la merayau-rayau di sekitar Solaris nie untuk cari tempat makan yang sesuai..Ada banyak sebenarnye pilihan restoran yang ada di  sini, cuma perlu memilih je nak yang mana satu..
Bila jalan-jalan keliling bangunan Solaris nie, naik, turun dan dari satu blok ke satu blok maka tertarik la pada Restoran Lado-Lado ni..
So, ape menu pilihan hari nie?Tadaa~

 Air Sirap & Air Bandung Soda je~
 Pilihan ku: Nasi+Ulam+Daging Salai Masak Lemak= RM10.90
Pilihan ofismate:Nasi+Ulam+Ayam Masak Opor=RM9.90

Komen: 
  • Hiasan dalaman: Tersusun dan menarik..Ruang dinding di restoran digunakan sebaiknya
  • Makanan: Menu pilihan hari nie sedap, memang berpeluh bile masak gulai lemak cili api..cuma menu yang disediakan tak banyak pilihan.
  • Harga: Kalau ikutkan kedai biase, amik lauk macam ni memang boleh dapat lagi murah la tapi memandangkan restoran nie terletak di kawasan 'mewah' so boleh dikatakan harga menu adalah 'standard price'
Warga KL yang ingin mencuba boleh la try round-round di sini yang terletak di area Jalan Duta..Landmark paling senang ialah Masjid Wilayah. Solaris Dutamas nie terletak di belakang Masjid Wilayah Persekutuan. ^_*