advert

Monday, 9 April 2012

Syukur~

Setelah 2 minggu, akhirnya mak n ayah aku selesai mengerjakan ibadah umrah dan selamat smpai ke tanah air..Seronoknye bile nampak mak dan ayah kluar dari balai ketibaan setelah sejam setengah menanti bersama saudara yg lain...Alhamdulillah, akhirnya hajat mak dan ayah untuk menjejakkan kaki ke tanah suci terlaksana.. Moga selepas ni ape yg dihajati sewaktu di sana dimakbulkan dan mak ayah dijemput pula sebagai tetamu Allah untuk menerjakan ibadah haji pula di samping kesihatan yg sempurna~


Jom tgok skit gambo perjalanan mak n ayah sewaktu di sana..Nampak indah skali umah ibadah umat Islam ini, dan hati ini juga terdetik untuk menunaikan ibadah di sana..




Nota Kaki: Ibadah Umrah
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

No comments:

Post a Comment