advert

Wednesday 13 June 2012

Review filem 'Jalan Kembali-Bohsia 2'

Hujung minggu lepas berpeluang tengok cter tebaru arahan pengarah muda terkenal iaitu Shamsul Yusof..Blum kuar panggung pn, promosi filem nie dah gempak kan..Tapi macamane lak filem nye??Seperti yang diketahui, Shamsul Yusof merupakan pengarah yang berani mengetengahkan pelbagai jenis filem samada filem bergenre seram, aksi, komedi malah romantik..Sebenarnya, berminat gak la follow filem2 terbaru arahan beliau tapi tak sume la..
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan mat rempit yang seringkali juga dikaitkan dengan bohsia..Kehidupan mat rempit ini juga telah menyedarkan Amy yang dulunya seorang bohsia untuk bertaubat daripada kesilapan dulu..Walaubagaimanapun, Amy mula diganngu oleh rakan rempitnya, Keting dalam usaha nya untuk menyelamatkan rakan karibnya..Berjayakah Amy membawa rakan nya kembali ke jalan yang benar?Jom tengok ramai2 di pawagam..

Filem arahan Shamsul Yusof ni memang menarik dan penuh dengan aksi lagak ngeri yang pasti membuatkan penonton terpegun..Jalan cerita nya juga tersusun cuma bahasa mat rempit dalam filem nie memang buat aku macam berfikir dua kali untuk memahaminya..Apepn, filem nie best!
Rating: 4 daripada 5 star

p/s: Sila awasi anak anda..Golongan seperti ini memang tidak patut wujud di Malaysia tapi tidak boleh dihina  semata sebaliknya perlu dibimbing untuk kembali ke jalan yang benar~

2 comments: