advert

Saturday 26 May 2012

Saya Pengguna Selamat Lif & Eskalator~

Jz nk share satu kempen yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan(JKKP) bertempat di AEON Rawang..Objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak supaya menggunakan lif dan eskalator dengan selamat sekaligus mengelakkan sebarang kemalangan yang sering berlaku.. Sebagai seorang yang bertugas di sebuah syarikat lif dan eskalator, adalah diwajibkan oleh pihak JKKP untuk turut serta dalam berkongsi maklumat mengenai keselamatan lif dan eskalator dan juga tanggungjawab pengguna lif dan eskalator..
 -Poster kempen-
-Pentas utama di ruang legar AEON-
Antara aktiviti yg diadakan ialah bual bicara, soal jawab, tayangan video, pameran di booth MALEA dan JKKP, kuiz, pertandingan mewarna dan puzzle..Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam menjayakan kempen ini..Jom ar tengok gmbo sekitar kempen nie~
- Lawatan tetamu kehormat di booth pameran-
 -Kemunculan istimewa Upin&Ipin-
 -Antara bahan pameran untuk umum-
-Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak-

Diharapkan kempen ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan akan mendapat kerjasama dari lebih ramai pihak seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab dan keselamatan dalam penggunaan lif dan eskalator~

2 comments:

  1. baru balik dr sana..tak perasan plak ade nie. singgah kejap di subway td..hehe~

    ReplyDelete
  2. yeke..kempen nie dh lepas 2 minggu sebenarnye, bukn xperasan tp mmg xde pn..hehe~

    ReplyDelete