advert

Sunday 2 October 2011

Review filem 'Al-Hijab'

Jom ramai2 ke panggung pd 6 Oktober ini untk menonton filem terbaru arahan Pierre Andre iaitu Al-Hijab..Filem bergenre seram nie memang la seram dan leh buat meremang bulu roma di sepanjang jalan cerita nya~
Kisah Al-Hijab ini mengisahkan mengenai Rafael(Pierre Andre) yg ingin melihat makhluk halus untuk menjiwai watak dalam filem lakonannya..Ianya timbul kerana Rafael tidak mempunyai perasaan takut langsung walaupn ketika berada di persekitaran yg menyeramkan..Rahsia untuk dapat melihat makhluk halus akhirnya diketahui melalui ibu teman wanitanya,Qiss(Fathia) yg menceritakan tentang hijab dimana makhluk halus dapat dilihat sekiranya hijab seseorang itu dibuka..

Perasaan ingin tahu Rafael akhirnya membawanya ke sebuah kampung..Di sana,Rafael bertemu dengan seorang makcik yg mengakui dapt membantu untk membuka hijab seperti yg diinginkan..Rafael kemudiannya berjaya mula dapt melihat makhluk halus setelah dibawa ke sebuah kawasan terpencil dimana di situ la hijab nya telah dibuka..

Tidak cukup dengan masa dan peluang yg dberikn untk melihat makhluk halus, Rafael meminta kebenaran supaya dia dapat memanfaatkan keistimewaan ini untuk sehari lagi..Sepanjang perjalanan pulangnya ke rumah,Rafael mula diekori oleh seseorang yg membawa kepada kejadian2 yg menyeramkan setibanya di rumah...Sepanjang malam Rafael mula diganggu oleh makhluk yg mengeri dan menyeramkan dengan mata kasarnya..

Dapatkah Rafael melalui malamnya dengan tidur yg lena?Adakah Rafael berjaya untk menutup kembali hijabnya?Persoalan inilah yg perlu disaksikan sehingga akhir di panggung wayang nnt..

Filem ini sangat lah disyorkan untuk merasai perasaan seram yg sebenar..Pierre berjaya bukan saja dlam lakonan malah skrip dan pengarahan yg telah mengolah filem ini sebagai filem seram yg benar2 serammmmm!!
Rating: 41/2:5~

No comments:

Post a Comment