advert

Showing posts with label Edisi Syawal. Show all posts
Showing posts with label Edisi Syawal. Show all posts

Saturday, 3 September 2011

TANGGUNGJAWAB LA KAWAN~

Bile baca paper hari nie, tergerak skali nk share dgn reader kt cnie mengenai seorang adik yg menerima amukan dari abang nya ketika menziarahi pusara ibu bapa..Jom tgok ckit keratan berita nie:


"Insiden mengaibkan itu dikatakan berlaku apabila abang kandung wanita berkenaan naik angin selepas ditegur mengenai tunggakan pinjaman pengajian anak lelakinya dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dijamin suami wanita terbabit yang tertunggak sebanyak RM26,000.
Tidak puas hati dengan teguran wanita berkenaan dan suaminya itu menyebabkan lelaki terbabit yang juga bekas pegawai kanan pasukan keselamatan bertindak di luar batasan."





Pada pendapat aku la, perkara sebegini xsepatutnya berlaku walaupn ianya mmg byk berlaku. Penjamin dan keluarga boleh disenarai hitam kn akibat tunggakan pinjaman seseorang yg dijamin walaupn pada mulanya dgn niat untuk menolong selain janji daripada si peminjam dan kluarga untuk blajar bersungguh2 dan membyar nya semula..Yg pling menyakitkan hati bile si pemiutang/keluarga ni naik berang bile dtegur walau pn pada hakikatnya kelihatan mereka mmg mampu untuk membayar semula pinjaman pengajian..
So,bertanggungjawabla dengan bantuan dan hasil yg telah diambil. Kenang dan hargai la pertolongan orang lain dengan tidak membebankan mereka. 
Tau pinjam,tau la bayau sndiri!!!


p/s: Bersama kita memelihara dan mengekalkan persaudaraan di bulan Syawal yg mulia ini..
Credit to: hmetro.com.my



Tuesday, 30 August 2011

Salam Lebaran~

Selamat Menyambut Lebaran untuk sume..smoga sambutan lebran kali ini membawa rahmat dan kegembiraan kpada sume..smoga kte sume akan dapt bertemu lagi pada Ramadhan yg akan dtang..

Raye raye gk tp jgn lupe untuk bersederhana dlam ape shaja yg dlakukn..

  1. Berhati2 d jalan raya sepanjang perjalanan ke destinasi dtuju..
  2. Jangan terlalu bermegah dan menunjuk dgan perhiasan dan kelebihan yg diperoleh
  3. Beringat smasa menjamu juadah hari raya.."Makan sblum lapar,berhenti sblum kenyang"
  4. Jangan  leka dan melupakan tanggungjawab kepada Nya sepanjang berhari raya~