advert

Thursday, 14 June 2012

MoDe Excited!!!!Showcase Ulangtahun ke-20 KRU~

Ahad lepas aku berpeluang pergi ke showcase ulangtahun KRU yang ke 20..Showcase kali nie kononnya eksklusif untuk peminat tegar KRU yang berumur 20 tahun ke atas sahaja...haa, kalau sape yang dengar HotFm mesti tau macamane ak leh dapat tiket nie..huhu..Ntah macamane bernasib baik lak malam tu dapat tembus talian HotFm dan seterusnye menang 2 tiket eksklusif ke showcase ulangtahun KRU yang ke 20..yeayy!!!Terima kasih HotFM~
So, bile dpat tau dpat tiket tu, memang hari ku dipenuhi dengan senyuman jeee..Excited gler nk g showcase nie sbb KRU mmg dah lame x buat sebarang persembahan pentas..Seingat aku, last aku g tgok show dorang time study dlu, ade ar dalam 6 tahun yg lepas sempena pelancaran album dorang..Jadinye, bile dah dapat call dari HotFm suruh 'collect' tiket kt TV3, lagi la excited sampai sangup menyusup kuar dari ofis tme kje..haha..


Akhirnye, hari yang ditungu telah pn tibe..tapi aku x nak ar cte kt entrii nie, next pnye entri la baru cte kehangatan showcase nie..best sangat keee??haha.. Jom tgok muke excited peminat KRU nie ar..peace!
Next entri, aku akan share ar gambo yang sempat aku klik kat showcase tu..Gambar di atas nie adalah sekadar hiasan je..(^_^)

Wednesday, 13 June 2012

Review filem 'Jalan Kembali-Bohsia 2'

Hujung minggu lepas berpeluang tengok cter tebaru arahan pengarah muda terkenal iaitu Shamsul Yusof..Blum kuar panggung pn, promosi filem nie dah gempak kan..Tapi macamane lak filem nye??Seperti yang diketahui, Shamsul Yusof merupakan pengarah yang berani mengetengahkan pelbagai jenis filem samada filem bergenre seram, aksi, komedi malah romantik..Sebenarnya, berminat gak la follow filem2 terbaru arahan beliau tapi tak sume la..
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan mat rempit yang seringkali juga dikaitkan dengan bohsia..Kehidupan mat rempit ini juga telah menyedarkan Amy yang dulunya seorang bohsia untuk bertaubat daripada kesilapan dulu..Walaubagaimanapun, Amy mula diganngu oleh rakan rempitnya, Keting dalam usaha nya untuk menyelamatkan rakan karibnya..Berjayakah Amy membawa rakan nya kembali ke jalan yang benar?Jom tengok ramai2 di pawagam..

Filem arahan Shamsul Yusof ni memang menarik dan penuh dengan aksi lagak ngeri yang pasti membuatkan penonton terpegun..Jalan cerita nya juga tersusun cuma bahasa mat rempit dalam filem nie memang buat aku macam berfikir dua kali untuk memahaminya..Apepn, filem nie best!
Rating: 4 daripada 5 star

p/s: Sila awasi anak anda..Golongan seperti ini memang tidak patut wujud di Malaysia tapi tidak boleh dihina  semata sebaliknya perlu dibimbing untuk kembali ke jalan yang benar~

Tuesday, 5 June 2012

Review filem 'Piranha 3DD'

Petang semalam dapat ar tengok wayang cter omputeh nie..sebenarnye pilihan adalah antara "Men In Black3" dengan "Piranha 3DD" nie la..Last, "Piranha 3DD nie" menjadi pilihan..
 Sebenarnye filem nie ada lah dari kesinambungan dimana ikan piranha nie menyerang di tasik tumpuan orang ramai..Tapi kali nie pula kisah ikan piranha ini bermula apabila seorang pengusaha taman tema air dimana ianya bersebelahan dengan tasik yang menjadi habitat ikan piranha. Akibat ketaksuban untuk mendapat keuntungan, aspek keselamatan langsung tidak dititkberatkan sebaliknya pengepaman air tasik secara haram dilakukan..Akibatnya, ikan piranha ini mula memasuki saluran paip di taman tema air itu dan menyerang pengunjung.

Komen:  Aku bagi 2 1/2 star daripada 5 bintang~
             Ok la, memang ngeri tapi x best ar..Filem Piranha yang lame tu lagi best!

Sunday, 3 June 2012

JKKP Puspanita Bowling Tournament~

Weekend lepas aku ade join pertandingan bowling yang dianjurkan oleh JKKP Puspanita di Alamanda, Putrajaya..Kirenya aku ni wakil company aku la, tapi bukan aku sorang eyh, ade lagi 4 orang yg turut serta termasuk pemain simpanan..haha..dasyat tu siap ade pemain simpanan~

Matlamat join pertandingan nie pn sbb nak penuhkan kuota penyertaan lagipn yuran penyertaannya company yang bayau..kitaorang tinggal main jelaa..hehe..bak kata bos aku pn 'just for fun'. Ok la, jom ar cuci mate tgok pose aku dengan ofismate aku sume nie..hehe~


Pose baik punye tapi kami kalah..hehe..Sekian~

Saturday, 26 May 2012

Saya Pengguna Selamat Lif & Eskalator~

Jz nk share satu kempen yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan(JKKP) bertempat di AEON Rawang..Objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak supaya menggunakan lif dan eskalator dengan selamat sekaligus mengelakkan sebarang kemalangan yang sering berlaku.. Sebagai seorang yang bertugas di sebuah syarikat lif dan eskalator, adalah diwajibkan oleh pihak JKKP untuk turut serta dalam berkongsi maklumat mengenai keselamatan lif dan eskalator dan juga tanggungjawab pengguna lif dan eskalator..
 -Poster kempen-
-Pentas utama di ruang legar AEON-
Antara aktiviti yg diadakan ialah bual bicara, soal jawab, tayangan video, pameran di booth MALEA dan JKKP, kuiz, pertandingan mewarna dan puzzle..Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam menjayakan kempen ini..Jom ar tengok gmbo sekitar kempen nie~
- Lawatan tetamu kehormat di booth pameran-
 -Kemunculan istimewa Upin&Ipin-
 -Antara bahan pameran untuk umum-
-Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak-

Diharapkan kempen ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan akan mendapat kerjasama dari lebih ramai pihak seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab dan keselamatan dalam penggunaan lif dan eskalator~

Monday, 14 May 2012

Review filem 'Nongkrong'

Malam nie ak nk review ckit pasal filem terbaru terbitan MIG Production dan arahan Ismail Bob Hasan..Filem komedi seram nie mengisahkan tentang 3 sahabat lakonan Shaheizy Sam, Angah dan Epy yg gemar bermain 'ekor' di mana mereka sanggup untk berjumpa bomoh semata-semata untuk mendaptkn nombor bertuah..

Kisah mereka bermula apabila mereka menemui seorang bomoh yg memuja 3org puteri utk memberikan mereka bertiga apa yg dihajati tetapi salah seorang drp mereka perlu berkahwin dgn salah seorng putri berkenaan..Walaubagaimanapun, 3 org puteri yg cantik kemudiannye berubah menjadi hodoh dan mula mengejar 3 sahabat ini..nk tau pe kesudahan cerita nie?ak syorkan boleh la beramai2 pergi ke pawagam sbb cter nie mmg klaka..Sesuai utk penggemar filem komedi dan filem ringan yg x memberatkan kepala~
Rating: 3 1/2 drp 5~

Thursday, 10 May 2012

Scrummy~

Hyeeeee,lame nye tak update blog nie kn..tapi tak pe, sebab arini ak nk share tentang restoran 'Scrummy'
Tempat makan nie terletak tak jauh dengan ofis aku kt Jalan Ipoh..Sebenarnye dpat tau pasal restoran nie pn sebab tgok rancangan 'Jalan-Jalan Cari Makan' musim lepas..Sampaikan 'Jalan-Jalan Cari Makan' pn dh masuk musim baru, baru la aku berkesempatan merasa makanan kat sinie..haha..


Sebenarnye keistimewaan restoran ni memang terkenal dengan menu pasta/spageti yg pelbagai tp hari nie aku dengan rakan2 sekerja aku xde sorang pn yg order pasta/spageti..haha..selera tak rase nk makan pasta plak tp ade menu menarik gk kt restoran nie..Jom, cekidaut menu pilihan ktorang~
-Chicken chop-

-Nasi goreng..errr, xtau ar full name pe-

-Ni menu pilihan aku..chor ho fun-

-german potato chicken salad-

So, macam mane?? Kalau berminat nk cube bleh ar terus je g kt restoran 'Scrummy' nie di Rivercity,Jalan Ipoh..bertentangan dengan Public bank dan bersebelahan Subway..