advert

Wednesday 21 September 2011

Review filem 'LIBAS'

Hari Rabu yg lepas aku berpeluang untuk turut serta ke tayangan perdana dan sidang media filem 'LIBAS' bertempat di Wangsa Walk,Wangsa Maju di mana filem ini akan memulakan tayangannya pada 29 September nie..Bile shaja zuri mengajak aku,tentunya peluang nie tak dlepaskan..Harap masih belum terlamabat entree nie memandangkan tarikh tayangan nye pn masih blum tiba kn..
Filem bergenre aksi komedi ini mengisahkan tentang perjuangan Saladin lakonan Rosyam Nor yang juga merupakan "Raja Libas" untuk menebus kekalahannya 2 tahun lepas dalam perlawanan sepak takraw dan sekaligus menyelamatkan maruah negara..Saladin telah menemui Hamadi(Johan) dan Kumok(Fazdly) yg dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri untuk bersaing dlam perlawanan libas yg akan datang..
Gandingan Hamadi,Kumok dan Megat(Beego) yg mewakili Malaysia menjadikan mereka antara pasukan terhebat dalam perlawanan tersebut..Walaubagaimanapun,tentangan dan taktik kotor dari pasukan lawan,Thailand menjadi penghalang kepada mereka..
Dapatkah Raja Libas dan Ratna(Scha) membantu dan seterusnya menyelamatkan maruah negara dan menyambung kembali kisah cinta mereka??Datang dan lihat sendiri ye~

Komen untuk filem nie OK la mungkin sbb plot cerita yg seperti pernah dilihat..Aksi perlawanan yg dipaparkan turut menaikkan semangat penonton untuk menyokong pasukan Malaysia..Filem nie gak kirenya telah memperkenalkan dan mengingatkan kembali kepada sukan sepak takraw yg merupakn sukan warisan..
Rating: 3/5..

Saturday 3 September 2011

TANGGUNGJAWAB LA KAWAN~

Bile baca paper hari nie, tergerak skali nk share dgn reader kt cnie mengenai seorang adik yg menerima amukan dari abang nya ketika menziarahi pusara ibu bapa..Jom tgok ckit keratan berita nie:


"Insiden mengaibkan itu dikatakan berlaku apabila abang kandung wanita berkenaan naik angin selepas ditegur mengenai tunggakan pinjaman pengajian anak lelakinya dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dijamin suami wanita terbabit yang tertunggak sebanyak RM26,000.
Tidak puas hati dengan teguran wanita berkenaan dan suaminya itu menyebabkan lelaki terbabit yang juga bekas pegawai kanan pasukan keselamatan bertindak di luar batasan."





Pada pendapat aku la, perkara sebegini xsepatutnya berlaku walaupn ianya mmg byk berlaku. Penjamin dan keluarga boleh disenarai hitam kn akibat tunggakan pinjaman seseorang yg dijamin walaupn pada mulanya dgn niat untuk menolong selain janji daripada si peminjam dan kluarga untuk blajar bersungguh2 dan membyar nya semula..Yg pling menyakitkan hati bile si pemiutang/keluarga ni naik berang bile dtegur walau pn pada hakikatnya kelihatan mereka mmg mampu untuk membayar semula pinjaman pengajian..
So,bertanggungjawabla dengan bantuan dan hasil yg telah diambil. Kenang dan hargai la pertolongan orang lain dengan tidak membebankan mereka. 
Tau pinjam,tau la bayau sndiri!!!


p/s: Bersama kita memelihara dan mengekalkan persaudaraan di bulan Syawal yg mulia ini..
Credit to: hmetro.com.my